Netflix baru-baru ini mengumumkan anime baru iaitu Moonrise.
Anime sains fiksyen dan aksi itu menceritakan manusia yang tinggal di Bumi dan beberapa manusia lain yang berevolusi berlawan sesama-sendiri untuk mengekalkan kuasa di Bulan.
Moonrise juga akan menggabungkan elemen magis.
Pasukan kreatif Moonrise juga adalah antara orang paling dikenali dalam dunia anime sejak beberapa tahun ini.
Konsep karakter dilukis oleh Hiromu Arakawa yang sudah semestinya terkenal dengan Fullmetal Alchemist. Episod-episod Moonrise diarah oleh Masashi Koizuka yang mengarah Attack on Titan bagi Musim 2 dan 3. Lagu Moonrise pula digubah oleh Ryo Kawasaki.
Dua watak utama Moonrise disuarakan oleh Chiaki Kobayashi (Blue Box) dan Yuto Uemura (My Hero Academia).
Animasi disebalik Moonrise pula dihasilkan oleh Wit Studio iaitu studio disebalik Ranking of Kings, Spy x Family dan Owari no Seraph.
Anime ini dijangka akan ditayangkan pada 10 April di Netflix.

setahun yang lepas