Satu trailer gempak Devil May Cry (DMC) baru-baru ini ditayangkan oleh Netflix.
Walaupun beberapa tahun selepas permainan Devil May Cry baharu, peminat DMC masih menantikan animasi ini.
Daripada trailer ini, penceritaan Devil May Cry akan berlainan sedikit daripada plot dari permainan video.
Siri ini akan mengadaptasikan beberapa plot penting daripada DMC dengan penceritaan unik tersendiri.

Foto: Netflix
Terdapat antagonis baharu iaitu seekor demon arnab bertuksedo yang dianggap Dante sebagai sangat berbahaya.

Foto: Netflix
Karakter Lady juga diperkenalkan dalam trailer ini. Di akhir trailer juga terdapat kameo Vergil yang datang berjumpa dengan Dante. Devil May Cry akan ditayangkan di Netflix pada 3 April ini.

setahun yang lepas