Sekolah di UK haramkan lagu KPop Demon Hunters susulan aduan ibu bapa

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Satu sekolah di United Kingdom telah mengharamkan lagu KPop Demon Hunters di sekolah mereka kerana mempunyai tema syaitan yang melanggar nilai-nilai Kristian.

Dilaporkan oleh BBC, Sekolah Liliput Church of England Infant di Dorset, England telah mendapat banyak aduan dari ibu bapa setelah satu mesej mengatakan mereka tidak selesa dengan lagu yang mempunyai lirik rujukan berkaitan syaitan.

Nota itu mengatakan lagu KPop Demon Hunters mempunyai unsur demon untuk melawan tuhan dan kebaikan.

Foto: Netflix

 

Seorang guru di sekolah itu mengatakan dia sedia maklum dengan perkara ini dan akan membantu ibu bapa yang merasakan lagu Kpop Demon Hunters tidak sesuai untuk anak mereka.

KPop Demon Hunters telah menjadi fenomena Ogos lepas dan menjadi filem paling banyak ditonton di Netflix. Animasi ini menceritakan satu kumpulan trio Kpop yang menggunakan musik dan seni pertahanan diri unutk melawan demons yang berbahaya buat manusia.

“Ini adalah perkara yang tidak masuk akal. Anak perempuan saya sukakan k-pop dan kawan-kawanya juga sukakan k-pop.” kata seorang ibu bapa ketika ditemuduga oleh BBC.

Filem ini telah mempunyai lebih 236 juta tontonan di Netflix dan 393 juta jam stream di serata dunia.

RELATED NEWS

+