MPL Malaysia kini menjadi MPL M6laysia untuk Musim ke-14!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Mobile Legends: Bang Bang Profesional League (MPL) sudah dijenamakan sebagai MPL M6laysia bagi musim ke-14 ini.

Musim ini akan menjadi matlamat terakhir Malaysia sebelum menjadi tuan rumah untuk Kejohanan Dunia M6 MLBB.

Foto: MPL M6laysia Season 14 – MOONTON

Tiga pasukan baharu juga akan menyertai MPL kali ini iaitu Team Vamos, RED Esports dan Team Rey (dahulunya Barracuda Esports).

Hotlink juga akan menjadi penaja rasmi dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan JD Sports akan hadir ke Land of Dawn.

“Pada bulan lepas, Selangor Red Giants melakar sejarah apabila meraih kejuaraan antarabangsa pertama Malaysia dalam kejohanan MLBB Mid Season Cup (MSC) di Esports World Cup.

“Selepas hampir lima tahun, Malaysia tidak pernah mencapai kejayaan sedemikian di pentas antarabangsa. Walaupun dengan pencapaian besar ini, penghargaan terbesar dalam sejarah MLBB masih belum kita capai – gelaran juara M Series.

“Kini, semua mata tertumpu kepada kita sebagai tuan rumah Kejohanan Dunia M6, di mana kita mempunyai dua slot di Peringkat Utama,” ujar Fikri RIzal Mahruddin, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan MOONTON Games.

“Musim ke-14 ini adalah peluang bagi pasukan-pasukan untuk layak ke kompetitif terbesar MLBB di hadapan peminat tempatan,” tambah Fikri lagi.

JD Sports juga memasuki Land of Dawn dan juga memperkenalkan kempen Up Your Game dimana hadiah eksklusif seperti In-game Gift Card dan Diamond (mata wang dalam permainan), produk JD Sports, serta rebat membeli-belah di JD Sports.

Foto: JD Sports

ASUS Republic of Gamer (ROG) juga akan menjadi telefon kejohanan rasmi yang juga digelar King of Performance dengan ROG Phone 8.

Musim berprestij ini akan menampilkan 10 pasukan MLBB yang akan bertanding setiap minggu bermula 7 September ini hingga 13 Oktober.

Pertandingan akan dijalankan di MPL MY Arena, Stadium MBSJ Serdang Jaya dan akan menggunakan format single round robin, dimana setiap perlawanan akan dimainkan dalam format Best-Of-Three (BO3).

Enam pasukan teratas dari musim liga akan mara ke Playoffs yang akan diadakan pada 31 Oktober – 3 November  ini.

Format yang digunakan adalah Best-Of-Five (BO5) kecuali Grand Finals BO7.

Regular Season 

(7 September ke 13 Oktober)

Playoffs 

(31 Oktober ke 3 November)

  • Minggu Pertama (BO3): 7 September ke 8 September
  • Minggu kedua (BO3): 13 September ke 15 September
  • Minggu ketiga (BO3): 20 September ke 22 September
  • Minggu keempat (BO3): 27 September ke 29 September
  • Meinggu kelima (BO3): 4 Oktober ke 6 Oktober
  • Minggu keenam (BO3): 11 Oktober ke 13 Oktober
  • Playoffs (BO5): 31 Oktober ke 3 November
  • Grand Finals (BO7): 3 November

Dapatkan maklumat lanjut tentang MPL Malaysia di Facebook, TikTok, Instagram, dan laman web rasmi.

Jumpa anda disana! #PantangMengalah

RELATED NEWS

+