MPL Malaysia pecah rekod tontonan baharu pada minggu pembukaan Musim Ke-14

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sekali lagi memecah rekod tontonan baharu ketika minggu pembukaan Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia Musim ke-14 yang telah berlangsung pada 7 dan 8 September.

Liga kali ini mencatat rekod baharu Regular Season bagi tontonan dalam talian pada perlawanan pembukaan antara Selangor Red Giants dan Homebois.

Pertarungan itu telah merekodkan 245,841 Tontonan Kemuncak (PCV) mengikut data dari Esports Chart lebih dari 228 ribu Tontonan Kemuncak pada musim lalu untuk perlawanan Hombois dan Team HAQ.

Foto: Esports Chart

“Liga ini menunjukkan perkembangan ketara sejak ditubuhkan pada 2017. Ketika itu, kami hanya mencatatkan 6,544 PCV. Hari ini, kami adalah kejohanan paling banyak ditonton di Malaysia. Kejayaan dari liga ini datang dari inovasi berterusan dan komitment kami yang tidak ingin berada di zon selesa, serta usaha dan pelaburan dari pasukan kami dan rakan kongsi. Ini semua menyumbang kepada penghasilan sebuah liga yang kompetitif dan menghiburkan dinikmati oleh ratusan ribu penonton di seluruh Malaysia bagi setiap perlawanan,” ujar Fikri Rizal Mahruddin, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Bisnes MOONTON Games.

Foto: MOONTON Games

Selangor Red Giants pula berjaya menamatkan kemenangan berturut-turut pada Minggu 1 dan kini mendahului tangga Regular Season dengan 5 mata.

Homebois juga berjaya membuktikan Selangor Red Giants bukan lagi pasukan kebal dan tidak boleh disentuh pada musim ini.

MPL Malaysia juga telah menyaksikan salah satu perlawanan paling lama dicatatkan dalam sejarah liga iaitu 39 minit dan 33 saat dalam Perlawanan 1 di antara RSG Malaysia dan Team HAQ.

Jangan lupa saksikan perlawanan seterusnya nanti!

 

RELATED NEWS

+