Pemain Malaysia jadi player MapleStorySEA pertama Level 300

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sejarah tercipta pada 17 Januari lepas apabila seorang pemain dari Malaysia telah berjaya menjadi pemain pertama MapleStorySEA mencapai Level 300.

SAYS.com

Pemain dengan nama IqsKniGhT berjaya mendapat Level 300 yang pertama di Asia Tenggara.

Dia telah bermain MapleStorySEA lebih dari 18 tahun dan menjadi antara pemain lama yang dikenali ramai di Maple.

SAYS.com

MapleStorySEA telah menjadi antara MMORPG paling lama wujud dan sangat popular di Malaysia suatu ketika dahulu.

Kejayaan ini juga telah direkod dan disambut khas di ATO Gaming Cafe.

IqsKniGhT bermain secara langsung di situ dan akhirnya berjaya mendapatkan level 300.

Untuk mencapai lv300 bukanlah perkara yang mudah kerana memerlukan grind yang sangat banyak dan tidak semua orang mampu untuk mempunyai dedikasi seperti ini.

Level 300 telah diumumkan pada Mei 2021 dan tanpa terlepas satu hari pun dan mengambil masa 4 tahun 7 bulan dari level 275 dia akhirnya berjaya mencapai level 300.

Ikuti  MapleStorySEA di Instagram, Facebook, dan TikTok termasuk kemaskini teraru  ASSEMBLE update sekarang.

RELATED NEWS

+