Baru-baru ini ramai terkejut dengan satu trailer filem yang bertajuk Counterstrike di Netflix.
Ramai menyangka ini adalah filem aksi nyata Counter Strike tetapi bukan.
Filem ini dihasilkan di Mexico menceritakan Capt. Guerrero dan empat askar elit yang lain terpaksa menghadapi serangan dari sindiket dadah.
Tetapi lebih mengejutkan filem ini menggunakan konsep yang hampir sama seperti Counter-Strike dari Valve.
Komen netizen juga mempunyai pelbagai reaksi dan kejutan.
“Valve menonton trailer ini: “Sejak bila kita luluskan filem ini?”

Tidak sabar untuk mendengar “The Bomb has been planted.”

Mati-matian saya ingat cerita ini adalah tentang CSGO.


Tidak mustahil jika Valve akan membuat tindakan undang-undang disebabkan tajuk filem ini.
Filem ini kemudian diubah tajuknya di laman rasmi Netflix ke Counterattack.

setahun yang lepas