K-Pop Demon Hunters kini filem Netflix paling tinggi jumlah tontonan

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

K-Pop Demon Hunters kini menjadi filem Netflix paling tinggi jumlah tontonan.

Tayangan di pawagam baru-baru ini juga berjaya meraih jutaan dollar.

Tidak disangkal filem ini menjadi kegilaan ramai orang di serata dunia sejak tayangannya pada Jun lepas.

 

 

Dalam hanya dua bulan sahaja, lagu-lagu filem ini mencatat carta tertinggi sehingga mendapat No.1 di Billboard Hot 100 dan di ranking Netflix sendiri.

Julai lepas filem ini menjadi filem animasi paling banyak ditonton Netflix dan kini menjadi filem paling banyak ditonton di Netflix sehingga mencecah 236 juta tontonan memecah rekod Red Notice.

K-Pop Demon Hunters baru sahaja menayangkan versi baru filem ini dimana anda boleh bernyanyi bersama-sama.

Netflix mengumumkan mereka akan menghasilkan dua lagi filem yang juga berkaitan dengan musik.

RELATED NEWS

+