Nihon Matsuri adalah festival Jepun terbesar kini akan kembali pada 25-28 Julai dan 1-4 Ogos ini di Stadium Bukit Jalil, Car Park B dari jam 4 petang sehingga 11 malam.

Gambar dari Nihon Matsuri – Trumpet International
Tahun ini menjanjikan lebih banyak gabungan elemen moden dan tradisional untuk memberikan pengalaman penuh mengenai budaya Jepun.
Pembelian tiket juga boleh dibuat di www.excitix.com.my.

Gambar dari Nihon Matsuri – Trumpet International
Nihon Matsuri 2024 juga akan mempunyai program di atas pentas seperti persembahan kontemporari dan klasik Jepun.

Gambar dari Nihon Matsuri – Trumpet International
Sudah semestinya pelawat juga boleh menjamah pelbagai jenis makanan jalanan (street food) Jepun, ada permainan menarik dan bengkel serta aktiviti yang diprogramkan khas untuk memastikan anda akan mempunyai memori tidak dapat dilupakan ketika berkunjung ke sini.

Gambar dari Nihon Matsuri – Trumpet International

Gambar dari Nihon Matsuri – Trumpet International

Gambar dari Nihon Matsuri – Trumpet International
Antara tarikan unik kali ini adalah laluan pejalan kaki buluh liar yang memberi anda pengalaman seolah-olah berjalan di Kebun Buluh Arashiyama.
Terdapat juga tarikan Taman Manekineko yang mempamerkan Manekineko setinggi 7 meter!

Gambar dari Nihon Matsuri – Trumpet International
Tambahan lagi, pelawat juga berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah menarik yang bernilai lebih RM100,000. Antara hadiah menarik adalah tiket pergi ke Jepun, pakej percutian di Jepun dan hadiah untuk pelawat yang memakai pakaian terbaik.
“Nihon Matsuri 2024 adalah lebih dari hanya satu festival. Ia adalah peluang untuk semua melihat keajaiban dan kecantikan budaya Jepun,” ujar Koo Kien Keat, Pengarah Trumpet International.

Gambar dari Nihon Matsuri – Trumpet International
Untuk maklumat lanjut Nihon Matsuri 2024, anda boleh layari laman rasmi Instagram dan TikTok dan Facebook.
Jangan lupa datang dan jemput orang tersayang ke Nihon Matsuri 2024!

setahun yang lepas