Tersalah letak tajuk game mencarut – Populariti indie game ini melonjak di Jepun

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sejak sebulan dua ini banyak permainan video indie telah dikeluarkan di Steam.

Bukan senang untuk memastikan permainan video anda dilihat di Steam tetapi tidak buat satu pembangun dari Itali iaitu Fix-a-Bug.

Semuanya bermula apabila mereka tersalah dalam menamakan permainan video mereka untuk pelantar Steam berbahasa Jepun.

Foto: The Crazy Hyper-Dungeon Chronicles

Permainan itu sepatutnya bernama The Crazy Hyper-Dungeon Chronicles tetapi entah bagai mana ia menjadi “Kuso Danjon” yang bermakna “Shitty Dungeon”.

‘Kuso’ dalam bahasa jepun bermaksud najis tetapi digunakan sebagai salah satu ‘carutan’ dalam bahasa jepun.

Dalam satu temuduga dari Game*Spark, pembangun Paulo Nicoletti mengatakan semua ini berlaku ketika pengeluaran versi demo mereka masih tidak mempunyai penterjemah profesional Bahasa Jepun.

Hanya kerana kesalahan ini, populariti permainan ini meningkat sehingga lebih 2,000 wishlist telah dibuat hanya kerana satu ciapan di Twitter/X yang secara tidak langsung telah meningkatkan jumlah jualan mereka.

The Crazy Hyper-Dungeon Chronicles ialah permainan video dungeon-crawler dengan inspirasi zaman arcade turn-based encounter.

Disebabkan tajuk yang salah itu, pembangun itu panik dan terus menukarkkannya kepada nama yang betul.

Sepatutnya terjemahan tersebut menggunakan perkataan ‘crazy’ untuk menjadi ‘strange’ atau ‘quirky’ sebaliknya menjadi ‘Kuso Dungeon”

Tetapi nasi sudah menjadi bubur, permainan mereka akan digelar sebagai “Kuso Danjon” dari pemain-pemain dari Jepun.

RELATED NEWS

+