Nothing perkenalkan Phone (3a) dan Phone (3a) Pro

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Baru-baru ini, syarikat telefon pintar, Nothing memperkenalkan Siri Phone (3a), meningkatkan barisan telefon pertengahan mereka dengan ciri-ciri canggih.

Dibina berasaskan Phone (2a) yang terkenal, siri ini dilengkapi dengan sistem kamera tiga lensa lebih maju, cip pemprosesan Snapdragon® yang berkuasa, paparan lebih terang dan responsif, serta inovasi dalam Nothing OS seperti Essential Space.

  

Semua ini dicipta dalam dua reka bentuk yang lebih elegan dan tahan lasak dengan penarafan IP64, serta jejak karbon yang lebih rendah, iaitu 51.3kg CO2e.

Phone (3a) Series hadir dengan sistem kamera terkini, termasuk sensor utama 50MP yang diperbaharui, sensor ultra-lebar Sony, dan zoom optik untuk kali pertama. Dengan bantuan TrueLens Engine 3.0 yang menggabungkan algoritma komputasi canggih, pemprosesan AI, dan teknologi multi-frame, telefon ini mampu menghasilkan fotografi berkualiti profesional yang nyata.

Model Phone (3a) Pro dilengkapi dengan kamera periskop yang lebih hebat, menawarkan zoom optik 3x dan keupayaan telemacro.

Dari segi prestasi, Phone (3a) Series didorong oleh Snapdragon® 7s Gen 3, memberikan peningkatan kelajuan CPU sebanyak 33% dan grafik 11% lebih baik daripada Phone (2a). Dengan RAM Booster yang menggabungkan RAM fizikal dan maya sehingga 20GB, telefon ini juga dilengkapi dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 50W untuk pengisian sehingga 50% dalam masa kurang 20 minit.

Paparan 6.77 inci dengan resolusi Full HD+ dan kadar segar semula 120Hz memberikan pengalaman visual yang sangat memuaskan.

Telefon ini juga dilengkapi dengan Nothing OS 3.1 yang menawarkan pengalaman pengguna yang lebih lancar dan peribadi, serta kemas kini yang akan diterima selama enam tahun, termasuk tiga tahun kemas kini Android dan 6 tahun kemas kini keselamatan.

Ciri baru Essential Space, yang berfungsi sebagai hub untuk nota, idea, dan inspirasi, turut diperkenalkan, memberi pengguna cara baru untuk merekod dan mengingati kandungan dengan lebih mudah.

Phone (3a) dan Phone (3a) Pro kini boleh didapati untuk pra-tempahan dan akan mula dijual secara umum pada bulan Mac dan April 2025. Di Malaysia, Phone (3a) tersedia dalam warna Hitam, Putih dan Biru dengan 12+256GB bermula dengan harga RM1,699. 

Model Pro pula tersedia dalam warna Kelabu dan Hitam dengan 12+256GB. Ia dijual dengan harga RM1,999.

Pra-tempah sudah pun dimulakan di laman rasmi Nothing di Lazada, Shopee dan TikTok Shop, stor seperti DirectD dan operator telco seperti Yes5G da U Mobile.

RELATED NEWS

+