Bandai Namco akhirnya mengumumkan siri Katamari terbaru iaitu Once Upon a Katamari.
Setelah 14 tahun siri Katamari terbaru ini diumumkan semalam di Nintendo Direct Partner Showcase.
The King of All Cosmos akan kembali dengan permainan golekkan bola yang ditambah dengan banyak musik baharu.
Kali ini akan terdapat Prince dan lebih 68 Cousins untuk anda pilih ketika membuat misi.
Semua bermula apabila The King of All Cosmos dan keluarganya secara tidak sengaja menghancurkan Bumi, bulan dan pelbagai jenis bintang diseluruh kosmos.

Foto: Bandai Namco
Anda perlu mengembara ke banyak masa berbeza-beza seperti Era Jurassic, Era Ais, Jepun zaman dahulukata dan pelbagai lagi era-era yang wujud yang perlu anda pergi untuk membina semula kosmos.
Once Upon a Katamari akan dilancarkan di Steam, Nintendo Switch, PlayStation 5 dan Xbox Series X|S pada 24 Oktober ini.

setahun yang lepas