Digimon Story: Time Stranger akan datang 3 Oktober ini!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Para peminat Digimon di luar sana pasti akan teruja dengan berita baik ini.

Bandai Namco mengumumkan tarikh pelancaran Digimon Story: Time Stranger.

Sama seperti sebelum ini Digimon Story: Time Stranger akan mengekalkan permainan turn-based RPG dengan fokus penceritaan.

Foto: Bandai Namco

Dalam Digimon Story: Time Stranger, protagonis dihantar ke masa lampau iaitu lapan tahun sebelum kehancuran Shinjuku yang disebabkan oleh Digimon liar.

Foto: Bandai Namco

Akan terdapat juga beberapa anomali masa yang mengancam kestablian dunia manusia dan dunia digimon.

Pemain perlu bekerjasama dengan organisasi yang digelar ADAMAS untuk mencari punca kejadian ini sebelum terlambat.

Digimon Story: Time Stranger akan dilancarkan pada 3 Oktober tahun ini di pelantar Steam, PS5 dan Xbox Series X|S.

RELATED NEWS

+