Hari ini Acer Malaysia mengumumkan beberapa produk Acer Predator terbaru yang sentiasa memberikan inovasi terbaru buat pengguna dan peminat mereka.
Bersempena dengan pelancaran Predator 2025, mereka memperkenalkan pelbagai produk-produk baharu.
Predator Orion 7000

Acer Malaysia melancarkan Predator Orion 7000, iaitu komputer gaming berprestasi tinggi dengan cip Intel Core Ultra 9, GPU NVIDIA RTX 5080, RAM 64GB dan SSD 2TB.
Sistem penyejukan baru yang canggih ditambah dengan Wi-Fi 7.
Predator Orion 7000 dijual dengan harga RM15,999.
Monitor Gaming OLED Predator X32 X3
Monitor Gaming OLED Predator X32 X3 mempunyai skrin 31.5″ dengan resolusi 4K 240Hz.
Dengan tindak balas 0.01 ms beserta sokongan G-SYNC dan Free Sync dengan sambungan untuk penggunaan harian HDMI 2.1 dan USB-C.
Monitor ini bakal dijual dengan harga RM4,999.
Bagi pembelian sebelum 15 Mei, dengan membeli Predator Orion 7000 anda akan mendapat hadiah kerusi gaming dan kredit eWallet untuk pembelian Orion 7000 beserta diskaun RM500 dan fon kepala percuma dengan pembelian Monitor Gaming OLED Predator X32 X3
Kad Grafik Nitro Intel Arc B580 OC 12GB
Acer Malaysia juga memperkenalkan Kad Grafik Nitro Intel Arc B580 OC 12GB yang berprestasi tinggi dan mampu milik terutama untuk pemain kasual.
Kad ini mempunyai sokongan resolusi sehingga 8K dengan teknologi AI XeSS dan XeFG.
Kad grafik ini dijual dengan harga RM1,599.
Alat Kawalan Gaming Acer Nitro

Pengawal Gaming Bimbit Acer Nitro adalah alat kawalan yang sangat sesuai untuk pengguna Android dan iPhone 15 ke atas.
Alat kawalan ini mempunyai 15 butang, pengecasan 18W dan reka bentuk yang boleh dilipat.
Bakal dijual dengan harga RM439 atau RM349 sebelum 15 Mei.
Predator Helios 18 AI dan Helios Neo 16S AI

Dua komputer riba terbaru dari Acer Malaysia yang dikuasakan oleh cip Intel Core Ultra 9 dan GPU NVIDIA RTX 50 Series.
Predator Helios 18 AI mempunyai RAM DDR5 sehingga 96GB dengan simpanan SSD sehingga 4TB dan juga menyokong RAMDDR5 192GB.
Helios 18 AI juga menggunakan skrin monitor IPS Mini LED 2K WQXGA dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 5080.
Manakala buat Helios Neo 16S AI, menggunakan NVIDIA GeForce RTX 5070 Ti dengan RAM DDR5 32GB dan PCIe Gen 4 NVME SSD 1TB.
Skrin yang digunakan adalah IPS OLED WQXGA 16″ dengan 240Hz.
Predator Helios 18 AI akan dijual dengan harga dari RM19,999 dan Helios Neo 16s dari harga RM11,999.
Acer Aspire 7
Komputer riba Acer Aspire 7 adalah komputer riba yang mempunyai prestasi yang sangat sesuai untuk penggunaan seimbang bermain permainan video dan bekerja.
Komputer riba ini dilengkapi dengan Intel Core i5, GPU RTX 3050, RAM 16GB dan SSD 512GB dengan harga RM3,299.
Pra tempahan boleh dibuat sehingga 31 Mei 2025 dengan hadiah percuma beg galas Predator dan juga paparan Predator XB273, pembesar suara Bluetooth dan kredit eWallet Touch ‘n Go.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawati Facebook Acer Malaysia @ AcerMalaysia atau hubungi talian Produk Acer di 1800-88-1288.

setahun yang lepas