Lineup Predator lebih berkuasa ditunjukkan di CES 2023 oleh Acer

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dalam acara CES 2023 yang berlangsung hari ini, Acer mengumumkan dua komputer riba gaming Predator Helios diumumkan dan sepasang monitor gaming Predator.

Predator X45 adalah monitor 45 inci dengan skrin lengkung. Bersama Predator X27U, kedua-duanya menggunakan teknologi OLED dengan kadar segar semula 240 Hz.

X27U pula menggunakan paparan 27 inci skrin flat yang didatangkan dengan resolusi 2560×1440.

Kedua-duanya boleh menyokong HDR10 dan tahap pencahayaan sehingga 1,000 nits serta menyokong 98.5 peratus dari DCI-P3 warna gamut untuk imej yang lebih realistik.

Predator Helios 16 dan 18

Kedua-dua model ini diperbaharui dengan rekaan baharu dan termal yang ditambah baik. Kedua-duanya hadir dengan Intel Core i9 atau i7 digabungkan dengan RTX 4080.

Cip pemprosesan baharu Intel membolehkan prestasi PC anda pada tahap terbaik untuk ‘multitasking’ dan ketika bermain permainan video tanpa gangguan. 

Predator Helios 18 menawarkan paparan terbesar dalam barisan model Helios dan ia datang dengan dua jenis skrin iaitu FHD Lebar dan QHD Lebar. Ia juga sama seperti versi 16 inci yang hadir dengan kadar segar semula pada 165Hz atau 240Hz dan sehingga 250Hz dengan skrin AUO Mini LED.

Bagi sistem penyejukan, ia hadir dengan kipas metal 5th Gen Aeroblade 3D dan paip haba yang menjauhkan haba dari komponen penting.

Buat masa ini, ia belum diumumkan untuk pasaran tempatan.

RELATED NEWS

+