Pelancong batalkan percutian ke Jepun kerana satu manga meramalkan ‘bencana besar’

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Ramai pelancong membatalkan percutian mereka ke Jepun disebabkan “ramalan” satu manga dimana ada malapetaka yang akan berlaku di Jepun tahun ini.

Manga itu adalah The Future I Saw dari Ryo Tatsuki yang keluar pada tahun 1999. Manga ini dikeluarkan selepas Tatsuki bermimpi mengenai peristiwa yang akan berlaku di Jepun dan merekodkan mimpi itu di dalam buku notanya.

Salah satu mimpinya juga memberikan inspirasi untuk menulis “Satu malapetaka beasr akan berlaku pada Mac 2011” — tahun dan bulan yang sama berlakunya tragedi gempa bumi dan tsunami di Tohoku yang menyebabkan bencana nuklear di Fukushima.

Disebabkan ramalan ini, manga itu menjadi antara manga yang sangat dimahukan sebagai koleksi sehingga terjual di satu jualan lelong dengan harga 100,000 yen (RM2,974).

Foto: The Future I Saw

Ramalan yang diramalkan kali ini adalah laut di selatan Jepun akan “mendidih” pada Julai 2025.

Tatsuki menuliskan ramalan “Laut di selatan Jepun pada Julai ini akan mendidih menyebabkan tsunami mega dalam manganya.

Foto: The Future I Saw

Ramalan-ramalan sebelum ini menjadi betul menyebabkan ramai orang yang mahu bercuti ke Jepun membatalkan percutian mereka ke negara itu untuk musim panas ini.

Menurut CNN, pelancong membatalkan percutian mereka untuk ke Jepun. Majoriti pelancong-pelancong ini adalah daripada China dan Hong Kong.

Tatsuki juga meramalkan beberapa acara global yang memberi impak besar kepada dunia seperti meramalkan pandemik pada tahun 2020 dan gempa bumi Kobe pada tahun 1995 yang meragut nyawa 6,400 orang.

Disebabkan ramalan Tatsuki yang sudah terjadi, ramai yang mempercayai perkara-perkara sebegini mengambil ramalan ini dengan serius.

RELATED NEWS

+