Filem Aksi Nyata Sakamoto Days diumumkan!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Filem aksi nyata Sakamoto Days baru sahaja diumumkan semalam.

Sakamoto akan dilakonkan oleh Ren Meguro yang juga terkenal dengan lakonan Mr. Osomatsu: The Movie, Phases of the Moon dan Silent.

Foto: CREDEUS

Tambahan lagi filem ini juga akan diarah oleh Yuichi Fukuda yang dikenali dengan filem Gintama aksi nyata.

Sakamoto Days adalah manga aksi komedi menceritakan Sakamoto Taro yang merupakan bekas pembunuh upahan profesional paling hebat tetapi kini telah pencen dan menjadi gemuk.

Dia kini telah membuka satu kedai runcit sebagai tauke bersama-sama isteri dan anak kesayangannya.

Foto: Hypebeast

Namun, keindahan kehidupan normalnya bakal berubah apabila ramai pembunuh upahan yang lain datang menghantui hidupnya.

Foto: CREDEUS

Pengarah filem ini menjanjikan filem ini akan menjadi yang terbaik kerana dia sendiri adalah peminat francais Sakamoto Days.

Aksi koreografi filem ini akan diarah oleh Keiya Taguchi yang membuat babak aksi untuk Shin Kamen Rider.

Filem Sakamoto Days akan ditayangkan minggu Golden Week Jepun (hujung April atau awal Mei) tahun 2026.

Foto: @skmtdays_movie

RELATED NEWS

+