Berang hilang 1 juta point Roblox, abang sanggup kelar adik sendiri

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Polis Johor baru-baru ini mengesahkan seorang kanak-kanak berusia 9 tahun tekad mengelar adiknya sendiri kerana marah kehilangan 1 juta point yang dimilikinya dalam Roblox.

Menurut Bernama, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun semalam parah kerana telah dikelar dan ditikam oleh abangnya sendiri dalam kejadian yang berlaku di Batu Pahat semalam.

Foto: Roblox Corporation

Kira-kira 5:30 pagi mangsa parah apabila lehernya telah dikelar dengan objek tajam.

Ibunya kemudian segera mengejarkan anaknya ke hospital dan membuat laporan polis. 

Polis juga tidak menolak kemungkinan bahawa pengaruh permainan video Roblox menjadi punca kepada kes tersebut.

Foto: Bernama

Menurut Ketua Polis Johor Datuk AB rahaman Arsad, siasatan awal mendapati suspek sangat marah apabila telefon bimbitnya dirosakkan oleh mangsa membuatkan dia kehilangan 1 juta point Roblox.

“Suspek dipercayai mengalami halusinasi pada waktu malam akibat pengaruh permainan itu dan seolah-olah diarahkan untuk mencederakan ahli keluarganya, sebelum bertindak menyerang adiknya sendiri menggunakan pisau yang terdapat di dalam rumah.” tambah beliau lagi.

Polis turut mereman ibu bapa kanak-kanak tersebut untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan dengan pengabaian kanak-kanak.

Mangsa kini masih dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.

Roblox baru-baru ini juga hangat diperdebatkan kerana telah menjadi sarang pedofilia dan telah mengharamkan akaun YouTuber Roblox terkenal Schlep yang dikenali sebagai penangkap pedofilia untuk memastikan Roblox selamat untuk kanak-kanak.

RELATED NEWS

+