Pemain Pokemon GO warga emas 75 tahun disabitkan kesalahan menyerang rival gym

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Seorang warga emas berusia 75 tahun dan anaknya, 35 tahun dihukum salah akibat bergaduh mengenai gimnasium Pokemon GO.

 Kejadian ini berlaku di St.Louis, Missouri, Amerika Syarikat pada tahun 2018.

Raid Battles and New Gym Features are Coming! – Pokémon GO

Robert Matteuzzi bertengkar mulut dengan pemain yang bernama Sammy The Bull akibat gimnasium Pokemon Gym.

Pergaduhan berlaku apabila anaknya Angelo Matteuzzi mula menumbuk lelaki itu dan kedua-dua jatuh ke dalam tasik bersebelahan gim itu.

Robert kemudian masuk ke dalam tasik dan menyertai untuk berlawan.

Kedua-dua orang itu terus menumbuk dan merendam masa di dalam air.

Menurut St.Louis Post-Dispatch(GamesRadar) mangsa mengalami kecederaan di muka, luka teruk di mata, hujung jari patah dan kuku tercabut.

Pergaduhan itu akhirnya dileraikan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Di makamah, kedua-dua Matteuzzi mengatakan mereka tidak mulakan pergaduhan itu dahulu.

“Bukan niat saya untuk berada di dalam air,”

“Apabila anda berumur 71 tahun dan ditumbuk anda tidak tahu apa yang anda buat,” tambahnya lagi.

Kedua-dua individu itu didapati bersalah kerana memukul dan peguam menjatuhkan hukuman tiga hari penjara dan saman kepada Robert Matteuzzi, manakala anaknya hanya dikenakan saman.

RELATED NEWS

+