Pokemon TCG Pocket mendahului Pokemon Go dalam hasil harian

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Pokemon TCG Pocket kini telah meloncak dalam populariti sehingga jumlah hasil hariannya memotong Pokemon GO.

Sebagai versi mudah alih TCG klasik, Pokemon Pocket mempunyai jutaan pemain aktif sejak pelancarannya 30 Oktober lepas.

Seperti dilaporkan oleh The Pokemon Company, lebih 10 juta muat turun telah dibuat untuk Pokemon TCG Pocket.

Walaupun percuma untuk dimain ramai peminat tegar membeli pack untuk peluang mendapatkan kad-kad yang sukar untuk dijumpai.

Foto: Nintendo

Menurut mobilegamer.biz, Pokemon TCG Pocket telah berjaya mendapatkan AS$ 12 juta (RM 52.42 juta) dalam hanya empat hari sahaja.

Ini bermakna Pokemon TCG Pocket berjaya mendapatkan RM 13 juta sehari.

45% hasil datang jadi Jepun dan Amerika Syarikat walaupun mempunyai jumlah pemain kedua terbesar hanya mendatangkan hasil 25% sahaja.

Pokemon Go pula hanya berjaya mendapatkan AS$ 1 juta (RM 4.27 juta) sehari sahaja.

Walaupun begitu, RM 4.27 juta sehari adalah masih jumlah yang banyak.

Nampaknya, Pokemon TCG Pocket bakal melonjak lagi dari segi populariti dan kewangan.

RELATED NEWS

+