Pemain profesional League of Legends dari Belgium Gabriel ‘Bwipo’ Rau dikecam selepas mengatakan wanita yang dalam haid sepatutnya mengelak dari bertanding League secara kompetitif.
Bwipo pada waktu itu sedang bermain League of Legends di stream dan mula berdiskusi mengenai wanita dalam permainan kompetitif.
Pada awalnya, Bwipo bersimpati dengan wanita dalam esukan kerana mereka selalunya kurang mendapat sokongan terutamanya permain profesional wanita.
“Saya rasa sokongan terhadap pemain profesional wanita tidak mencukupi,” katanya.
“Anatomi wanita dan kitaran bulanan mereka sangat berbeza dengan lelaki, tiada sistem sokongan yang sesuai untuk membantu apa yang dilalui oleh mereka terutamanya ketika bertanding.” tambah Bwipo.
Namun, komen seterusnya meenyebabkan Bwipo dikecam dan dikritik ramai orang.
Dia mengatakan pemain wanita untuk tidak bermain bertanding secara kompetitif ketika haid.
“Saya rasa ramai orang pernah mengamuk ketika bermain League of Legends. Untuk wanita pula kalau salah masa bulan itu ketika bertanding — awak tahu maksud saya? Pada pendapat saya akan ada masa dalam satu bulan itu, anda tidak sepatutnya bermain permainan kompetitif,” tambahnya lagi.
Recently, Bwipo made sexist comments that are antithetical to FlyQuest’s core values. Every day, we try to make the gaming space better and that includes helping anyone with a passion for competition reach the highest possible levels of play.
That’s why we’re so proud of the RED…
— FlyQuest (@FlyQuest) September 9, 2025
Bwipo mengatakan ini semua dari pengalamannya pernah tinggal bersama wanita yang bermain ranked League.
FlyQuest organisasi esukan dari Amerika Utara telah menggantung Bwipo dalam kenyataan rasmi di X.
Bwipo tidak akan bertanding untuk siri LTA seterusnya.

setahun yang lepas