Seorang pemain League of Legends dari Eropah mempunyai sejarah League paling unik di dunia.
Pemain ini menggunakan Champion yang sama sahaja iaitu Garen dalam masa 10 tahun tetapi tidak pernah keluar daripada Bronze langsung.

Foto: Riot Games
Ini bermakna pemain ini hanya bermain untuk keseronokan bukan untuk naik rank.
Garen adalah antara hero League of Legends paling mudah digunakan dalam LoL dimana dia tidak mempunyai skillshots, healing sendiri dan ability untuk berlawan dengan champion lain terus tanpa takut.
Pemain bernama nero2108 dari Eropah ini membuat keputusan untuk bermain League of Garen bukannya League of Legends.
Dengan lebih 10 juta Mastery Points dia juga bermain League of Legends dalam tempoh ribuan jam.

Nero2108 masih bermain League sebagai rutin harian hampir tiap-tiap hari.
Kali terakhir dia menggunakan champion lain adalah pada 25 September 2024 dan hero sebelum itu adalah pada tahun 2022.

Foto: Riot Games
Dia hanya menggunakan Garen sahaja dan statistik di op.gg menunjukkan dia bermain League of Legends selama 11,070 jam dan 10 ribu jam dihabiskan untuk Garen.
Buat orang lain, mungkin kita akan hairan mengapa nero2108 masih di dalam Bronze tanpa naik rank? Ini bermakna dia hanya bermain League of Legends untuk keseronokan bukan untuk naik rank.

setahun yang lepas