Riot Games melakukan beberapa perubahan besar untuk kemas kini terbaru League of Legends mereka.
Tetapi setiap keputusan baru ini menjadi kontroversi.
Kontroversi ini bermula apabila Riot Games lebih mementingkan keuntungan League of Legends daripada menjaga pemain-pemain mereka.
Meddler dan Pabro dari Riot Games baru-baru ini membuat pengumuman mereka akan mengembalikan Hextech Chests percuma, mengurangkan harga champion dan membuat perubahan kepada sistem Prestige dan membaiki kekerapan Clash.
“Kami tidak sedar dan faham mengenai perkara ini,” ujar Riot Games.
Mulai Act 2, pemain akan mendapat 10 Chests dan Keys untuk setiap Act dari Battle Pass yang ada.
Setiap Champion juga akan dijual dengan potongan harga 50% Blue Essense.
Selain itu, Riot Games turut menjelaskan isu Skins yang tidak berkualiti seperti Exalted Mordekaiser akan diperbaiki dan dinaik taraf sepadan dengan harganya.

setahun yang lepas