Pembangun peranti cheat diarah bayar RM6.69 juta kepada Genshin Impact & HoYoverse

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

HoYverse mempunyai sejarah untuk tidak memberi kompromi setelah mengambil tindakan undang-undang untuk sebarang penggodaman atau penipuan.

Pembangun peranti cheat telah diarahkan untuk membayar HoYoverse $AS 1.5 juta (RM6.69) kerana melanggar akta hak cipta Genshin Impact.

DLA Piper mewakili HoYoverse telah berjaya memastikan defendan tidak boleh melanggar lagi apa-apa hak cipta Genshin Impact.

Foto: HoYoverse

HoYoverse baru-baru ini telah menang kes saman keatas pembangun peranti cheat tersebut.

Kes mahkamah ini memberi fokus kepada penggunaan dan penciptaan peranti cheat yang dibuat oleh seorang yang mengatakan dia penggodam.

Peranti ini dibuat untuk menukarkan permainan Genshin Impact yang melanggar akta hak cipta dan langkah pelindungan teknologi Genshin Impact.

Bagi HoYoverse, ini bukan pertama kali mereka mengambil tindakan undang-undang ke atas pesalah untuk melanggar apa-apa hak cipta mereka.

 

 

RELATED NEWS

+