Kes mahkamah diantara The Pokemon Company dan Palworld masih lagi berlangsung dan ramai risau dengan implikasi saman sebegini.
Menurut konsultan harta intelek Florian Mueller, Honkai: Nexus Anima permainan video terbaru dari HoYoverse berkemungkinan besar boleh disaman sama seperti Palworld.
Menurut laporan dari Games Fray, saman ini mempunyai skop yang sama seperti paten yang telah diciptakan oleh Nintendo bagi menyaman Palworld.
Paten tersebut adalah “Turun dari objek terbang” paten (JP7528390). Paten ini pada asalnya memberi fokus kepada kelancaran pemain untuk menukar mount dalam permainan video,
Palworld telah bertindak untuk membuang keupayaan meluncur dengan rasaas beberapa bulan selepas itu.

Foto: HoYoverse
Ketika kes ini berlangsung, Nintendo bertindak mengubah paten mereka kepada skop yang lebih besar sehingga menjadikan mekanik biasa ini bakal melanggar hak intelektual mereka.
Mekanik biasa seperti menaiki dan turun dari raksasa ini boleh dikatakan wujud di banyak permainan video yang lain.
Perkara yang sama juga boleh dilihat dari trailer permainan Honkai: Nexus Anima.
Mueller mengatakan HoYoverse secara langsung telah “melanggar” paten yang sama.
“Pergerakan ini terlalu biasa untuk sesuatu syarikat menghalang pergerakan ini untuk semua pembangun permainan video di luar sana,” ujar Florian Mueller.
Perlu dimaklumkan, hal ini tidak bermakna Nintendo dan The Pokemon Company akan menyaman HoYoverse. Semuanya akan terletak kepada hasil perbicaraan dengan Pocketpair.

setahun yang lepas