Genshin Impact mula tayangkan harga untuk dapatkan 1 karakter – Malaysia bakal menyusul?

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Genshin Impact adalah antara permainan video gacha paling popular dalam dunia.

Permainan video percuma Aksi RPG dari HoYoverse ini memerlukan pemain menggunakan matawang virtual Primogems untuk membuat wish bagi mendapatkan beberapa karakter yang mempunyai kuasa istimewa tersendiri.

Sistem mikro transaksi sebegini ternyata kontroversi tetapi tidak disangkal sangat menguntungkan untuk pembangun permainan video sehingga jutaan wang ringgit malah ada beberapa pembangun berjaya mencapai bilion.

GENSHIN ACTUALLY TELLS YOU HOW MUCH PULLING COSTS NOW?!
byu/MeteorFalcon inGenshin_Impact

Seperti permainan video gacha yang lain, jumlah wang yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan satu karakter tidak diberitahu oleh pembangun kerana wang tersebut telah ditukarkan keada matawang in-game.

HoYoverse baru-baru ini telah mengemas kini Genshin Impact untuk menunjukkan terus berapa jumlah sebenar untuk mendapatkan sesuatu karakter.

Setakat ini, hanya Genshin Impact di Amerika Syarikat sahaja yang mempunyai jumlah matawang sebenar bersama-sama Primogems. Jumlah wang yang diperlukan untuk mendapat satu karakter diletakkan minima sebanyak AS$ 1.98 (RM8.45) sehingga maksima sebanyak AS$ 475.20 (RM 2027.44).

Reaksi pemain pula dicampur dengan perasaan tidak percaya dan positif dengan ketelusan ini.

“Satu perubahan yang baik dan perlu diikuti oleh kesemua Gacha dan permainan video yang mempunyai mekanik judi/loot box,” ujar mikethebest1.

“Anda boleh lihat dengan jelas, 100 bucks untuk 50 pulls setiap kali pull. Perkara ini dapat membuat orang ramai berfikir sejenak sebelum menggunakan wang mereka.” Zion-plex.

Lebih mengejutkan beberapa pemain mengatakan HoYoverse sepatutnya terus menjual karakter-karakter baru tersebut tanpa gacha.

Antara sebab HoYoverse menambah nilai ini adalah kerana mereka baru-baru ini telah kalah di mahkamah untuk kes Federal Trade Commision (FTC) Januari lepas yag menyebabkan pengharaman penjualan loot box.

Salah satu syarat yang ditetapkan FTC adalah pemain yang berumur 16 tahun tidak boleh membeli apa-apa loot box Genshin Impact.

HoYoverse kini memerlukan kesemua pemain-pemain di Amerika Syarikat untuk memberitahu umur mereka sebelum 20 Mei. Pemain yang tidak memberikan umur sebenar mereka akan diharamkan akaunya dari Genshin Impact.

 

Foto: HoYoverse

Hal ketelusan ini juga mungkin berkaitan dengan Kesatuan Eropah (EU) yang akan membuat peraturan baharu dimana kesemua permainan video yang mempunyai transaksi mikro dan matawang virtual perlu meletakkan harga yang lebih jelas untuk setiap transaksi.

Jika EU mukakan implementasikan perkara yang sama tidak hairan kesemua server satu dunia akan membuat perkara sama.

Di Malaysia pula, Genshin Impact masih belum menunjukkan harga setiap pulls yang dibuat. Tidak hairan Malaysia akan membuat perkara yang sama jika kerajaan mahukan ketelusan yang lebih.

RELATED NEWS

+