Pengeluar Dauntless iaitu Phoenix Labs bakal memecat ramai staf mereka dan membatalkan beberapa projek permainan video syarikat itu.
Pemecatan dan pembatalan ini adalah penstrukturan semula untuk memastikan masa hadapan Phoenix Lab.
“Penstrukturan semula Phoenix Labs adalah memberi fokus kepada Dauntless dan Fae Farm serta komuniti mereka,” kenyataan mereka di LinkedIn.
Dauntless menjadi antara permainan video berlawan raksasa yang sentiasa dikaitkan sebagai Monster Hunter PC.
Mereka berhadapan sedikit masalah apabila Monster Hunter: World diumumkan di PC.

Menurut Kris Morness, jurutera Phoenix Labs, syarikat itu sudah dibeli oleh satu syarikat blockchain iaitu Forte pada tahun lepas.
Keputusan penstrukturan semula ini datang dari Forte.
Forte membatalkan satu projek permainan video baharu dari Phoenix Labs sebulan sebelum pengumuman.

setahun yang lepas