Phoenix Labs mengumumkan Dauntless iaitu permainan video membunuh raksasa akan ditutup pada 29 Mei ini.
Selepas kontroversi kemaskini Awakening lewat tahun lepas, Phoenix Lab membuat keputusan Dauntless tidak lagi akan mendapat apa-apa sokongan kemaskini terbaru sebelum penutupan pada Mei ini.
Important update: Dauntless is shutting down on May 29, 2025. Dauntless will receive no additional content or updates.
Dauntless will no longer be available to play on and after May 29, 2025 at 11:45PM PST.
Thanks to all for being a part of the Dauntless journey.
— Dauntless (@PlayDauntless) February 24, 2025
Dilancarkan pada tahun 2019 di PC dan konsol, Dauntless menjadi pilihan alternatif buat mereka yang mahu bermain permainan video seakan-akan Monster Hunter yang percuma untuk dimainkan.
Awal tahun ini, Phoenix Labs memecat lebih 100 staf mereka untuk memberi fokus kepada permainan mereka yang lain.
Transaksi mikro sudah menjadi sebahagian besar bagi hasil keuntungan Dauntless tetapi ia tidak cukup untuk meneruskan jangka hayat permainan ini di pasaran.

setahun yang lepas