Battlefield 6 baru saja melancarkan beta terbuka pada 9 Ogos lepas dan menjadi sangat popular sehingga berjaya mencecah lebih 500 ribu pemain serentak sahaja di Steam.
Masalah permainan video FPS yang paling besar adalah masalah pemain menggunakan cheats dan hack.
All first-person shooters, like Counter-Strike 2, are affected by cheating ⚠️
Despite Anti-Cheat announcements, Battlefield 6 has been affected since day one 🚫 pic.twitter.com/cwxLPanq2N
— CS2 Vaccoin (@vaccoin) August 8, 2025
Ramai pemain Battlefield 6 menggunakan wall hack dan juga aimbot semata-mata untuk menang.
Lebih mengejutkan Battlefield 6 menggunakan Javelin iaitu sistem anti-cheat kernel-level dan masih tidak cukup untuk mengekang masalah hack dan cheats.
🚨CONFIRMED: Cheats are already working in Battlefield 6.
This footage proves CHEATS are FULLY FUNCTIONAL on Day 1 of Early Access Beta. pic.twitter.com/j9WSyWPEI1
— ItsHapa (@ItsHapa) August 7, 2025
Dalam hanya dua hari lebih 330,000 pemain dihalang oleh Javelin. Akaun-akaun ini dibuang dan diharamkan dari beta Battlefield 6.
Electronic Arts juga mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini.
Beta terbuka ini akan dilancarkan dalam dua fasa iaitu pada 9-10 Ogos dan 14-17 Ogos.

setahun yang lepas