Persona 4 Revival diumumkan – Remake Persona terbaru!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Remake untuk RPG Persona 4 Revival telah diumumkan semalam di Xbox Games Showcase 2025. Satu trailer teaser pendek telah ditayangkan.

Persona 4 telah mengeluarkan pelbagai spin-off termasuk anime, Persona 4 Arena, Persona 4 Arena Ultimax dan persona 4: Dancing All Night.

Permainan Persona 4 ini menceritakan sekumpulan pelajar sekolah yang menjumpai dunia televisyen tersembunyi yang digelar ‘The Midnight Channel’ iaitu satu dunia reality yang dipenuhi shadows yang digunakan untuk membunuh.

Menurut pengarah P-Studio Kazuhisa Wada dia mengatakan mereka sedang membangunkan dan bersedia untuk pembikinan siri Persona.

Persona 4 Revival announced for Xbox, PS5 and PC - Dexerto

Foto: Atlus

Remake Persona 4 telah lama menjadi gosip tetapi selepas keluarnya Persona 3 Reloaded sudah semestinya Persona 4 akan keluar tidak lama lagi.

Persona 4 Revival akan dilancarkan di Xbox Series, Xbox PC dan Xbox Cloud. Masih belum ada apa-apa pengumuman mengenai pelantar lain.

RELATED NEWS

+