Game RPG remake tahun 2007 ambil inspirasi dari Clair Obscur: Expedition 33

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Setelah memenangi banyak anugerah tidak menghairankan Clair Obscur: Expedition 33 bakal menjadi pengaruh besar buat permainan video akan datang.

Ini yang berlaku apabila satu remake permainan video RPG dari China pada tahun 2007 iaitu The Legend of Sword and Fairy 4 yang terkena tempias Clair Obscur.

Foto: SOFTSTAR

Legend of Sword and Fairy adalah RPG ikonik mitologi China yang bermula pada tahun 1995 lagi.

Setelah sedekad, RPG ini memperkenalkan remake yang dibuat menggunakan Unreal Engine 5.

Trailer juga telah dikongsikan tetapi satu persaman yang membuatkan ramai mengatakan perkara buruk kepada permainan ini.

Antara persamaan yang boleh dilihat adalah RPG fantasi turn-based dengan sistem parry

Kedua-dua permainan Clair Obscur dan The Sword and Fairy juga telah mengambil inspirasi dari Final Fantasy dan pelbagai lagi game RPG yang wujud.

Foto: Sandfall Interactive

Setiap sistem yang ada tidak semestinya sesuatu yang baharu tetapi telah diolah menjadi lebih sesuai dan jelas dengan satu permainan itu.

The Sword and Fairy 4 bukanlah klon seperti yang disangka orang ramai.

RELATED NEWS

+