Follow kami di WhatsApp, Instagram dan TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!
Playoffs Honor of Kings Championship 2024: Kelayakan Malaysia akan bermula 13-15 September ini dan dua pasukan terbaik bakal mendapatkan slot terus ke Honor of Kings Championship yang akan dianjurkan di Jakarta, Indonesia pada Oktober ini.

Foto: Level Infinite, Tencent
Hanya lapan pasukan yang tinggal untuk Playoffs kali ini iaitu:
- TODAK
- FOX Gaming MY
- FY Gaming
- Team Secret
- BLEED Esports
- 4Merical Vibes
- Nova Esports
- Weibo SEM9
TODAK, FOX Gaming MY, FY Gaming dan 4Merical Vibes akan berlawan di Pusingan Lower Bracket.
Manakala Team Secret, BLEED Esports, Nova Esports dan Weibo SEM9 akan berlawan di Separuh Akhir Upper Bracket.

Foto: YouTube Honor of Kings Malaysia
Suku Akhir/Separuh Akhir Lower Bracket dan Perlawanan Akhir Upper Bracket akan diadakan pada 14 September.
Manakala Perlawanan Akhir Lower Bracket dan Grand Final akan diadakan pada 15 September.
Kesemua pusingan adalah secara Best of 3 manakala Grand Finals akan berlangsung dengan Best of 5.
Kesemua 12 pasukan yang sudah bertanding ini juga akan merebut hadiah wang terkumpul sebanyak AS$10 ribu (RM43,475) dan Juara beserta Naib Juara akan terus melayakkan diri ke Honor of Kings Championship.

setahun yang lepas