Detik baharu dunia esukan Malaysia semakin hampir apabila Regular Season Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Malaysia Musim Ke-16 berakhir, menandakan langkah menuju era francais baharu bermula tahun depan. Playoffs kali ini bukan sekadar penutup musim, tetapi juga simbol peralihan liga ke “format francais yang dipertingkatkan” bagi menjamin kestabilan jangka panjang, pengalaman pasukan lebih mantap, dan penglibatan komuniti yang lebih menyeluruh.
Playoffs yang akan berlangsung di MAEPS, Serdang dari 13 hingga 16 November ini bakal menjadi pentas terakhir untuk merasai kehangatan format sedia ada sebelum transformasi liga bermula tahun depan. Selain aksi sengit bertaraf dunia, penganjur turut memperkenalkan “Anugerah Kandungan Terbaik Media 2025” sebagai penghargaan terhadap media yang membantu memperkukuh naratif esukan tempatan sepanjang musim ini.

Selepas enam minggu pertarungan, Selangor Red Giants OG Esports (SRG) muncul dominan dengan 24 mata tanpa kalah, diikuti CG Esports (CG) dengan 18 mata, satu pencapaian luar biasa bagi pasukan baharu di bawah pimpinan legenda MLBB, Muhammad Danial “CikuGais” Mohamad Fuad. Menyusul di belakang ialah Team Vamos (VMS), Homebois (HB), Monster Vicious (MV), dan AERO Esports (AERO) yang turut melayakkan diri ke Playoffs.

Playoffs akan membuka tirai dengan pertarungan di antara MV dan HB pada 13 November jam 3 petang, diikuti perlawanan antara VMS dan AERO pada jam 7 malam. Dengan legasi, maruah, dan perubahan besar menanti, playoffs musim ke-16 bukan sekadar penentuan juara, ia adalah perpisahan kepada sebuah era dan sambutan terhadap masa depan MPL Malaysia yang lebih besar dan berdaya saing.
Jangan lupa dapatkan tiket sekarang DI PAUTAN INI.

setahun yang lepas