Debut RoundeL di MPL MY S15 bermula cemerlang, optimis berdepan SRG minggu ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Debut Faiskal Khadafi (RoundeL) di Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim ke-15 bermula dengan rentak yang baik dan cemerlang bersama Monster Vicious (MV).

Pemain berasal dari Indonesia itu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ammar Rahman (Martzy) sekali gus membawa sinar baharu buat MV sebagai pasukan dengan kesemua tempatan yang kini menggunakan khidmat pemain import.

Semalam, MV berjaya menunjukkan mereka adalah skuad yang mampu melawan ‘kuasa besar’ di MPL MY, antaranya Todak dengan menewaskan mereka 2-0. Ujar pemain pinjaman dari Alter Ego ini, dia berasa puas kerana dapat menuntut bela kekalahan MV di musim lalu.

 

“Perlawanan hari ini (semalam) memang seru (sengit) lawan Todak sebab kami memang menunggu sekian lama.

“Rakan-rakan saya juga semangat untuk lawan Todak kerana tewas di tangan mereka pada playoffs musim lalu jadi ini memberikan semangat untuk kami tuntut bela kekalahan,” katanya ketika ditemubual di sidang media MPL.

Di kedua-dua game, RoundeL juga menggunakan Pharsa dengan cemerlang dan mengakui hero itu sangat kuat untuk melawan hero lain, antaranya Zhuxin.

Ditanya harapan apabila bakal berdepan pasukan terkuat MPL MY pada minggu ini, RoundeL optimis dan menantikan pertemuan itu.

“Saya memang semangat, lawan yang ditunggu-tunggu. Pasukan terkuat di MPL MY.

“Di Alter Ego, kami banyak scrim (latihan) lawan SRG dan sekarang dapat lawan mereka di pentas MPL, pastinya ia membakar semangat,” katanya.

Rekod pertembungan MV dan SRG pada musim lalu berpihak kepada MV apabila mereka berjaya mencipta kejutan menewaskan Gergasi Merah itu di Regular Season dengan skor 2-1.

MPL MY musim ke-15 akan menyambung minggu kedua bermula 25 April hingga 27 April ini.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Peminat sudah mula boleh membeli tiket di Ticket2U. Kali ini, MPL MY S15 diadakan di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

MV, SRG, Team Rey dan Homebois kini mendahului carta kedudukan liga dengan skor tiga mata bagi setiap pasukan.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+