PUBG Mobile, sebuah permainan peranti mudah alih yang sangat popular di Asia Tenggara sudah mengumumkan mereka akan memilih kumpulan artis dari pelbagai negara serta 70 influencer untuk mengambil bahagian di dalam Team Up Challenge 2021.
Prepare to IGNITE YOUR TEAM TO VICTORY! 🤩🔥 We are SO excited to announce the 2️⃣0️⃣2️⃣1️⃣ Team Up Challenge! 📣💥 This exciting match is going down in Mid-to-late August, so make sure your squad keeps an eye out for more info on the way! 🗓️👀 pic.twitter.com/JxBidEl7ZQ
— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) August 3, 2021
Pertandingan ini akan bermula pada 20 Ogos dan berakhir pada 28 ogos dan pusingan terakhir akan dimulakan pada 29 ogos. Antara individu popular yang dipilih untuk mewakilkan tanah air mereka adalah:
- Mohamed Henedi, seorang pelawak popular dari Egypt
- Tamim Iqbal, pemain kriket yang hebat dari Bangladesh
- Lia Clark, penyanyi dan drag queen dari Brazil
- Miguel Layun, pemain bola yang berasal dari Mexico

Bermula pada 10 ogos, para pemain akan dapat memilih pasukan kegemaran mereka yang akan menang. Seterusnya, anda boleh menyelesaikan misi atau membeli UC untuk mendapatkan mata tambahan bagi pasukan yang dipilih.
Mata yang dikumpul adalah penting untuk pasukan itu untuk mara ke peringkat akhir, apa jua sumbangan yang diberikan oleh pemain akan memainkan peranan penting untuk pasukan pilihan mereka.

setahun yang lepas