Sony saman Tencent atas kes ‘curi’ siri Horizon

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Sony telah mengeluarkan satu tuntutan mahkamah terhadap Tencent.

Tuduhan yang telah dibuat adalah Tencent telah meniru siri permainan video mereka iaitu Horizon kepada versi mereka sendiri iaitu Light of Motiram.

Saman ini telah dibuat pada 28 Julai lepas di mahkamah California. Saman yang dibuat mengatakan permainan video baru Tencent; Light of Motiram ialah klon yang meniru Horizon tanpa idea yang asli.

Sony juga mengatakan permainan ini mempunyai banyak elemen-elemen penting dari francais mereka seperti mekanik dunia terbuka, rekaan makhluk robotik, rekaan karakter dan seni reka tribal futuristik.

Foto: Tencent

Tencent dilaporkan telah dihubungi oleh Sony untuk membincangkan perlesenan harta intelek Horizon tetapi menolak pelawaan itu. Beberapa bulan kemudian, Tencent mengumumkan Light of Motiram. Tindakan ini menyebabkan Sony mahu membuat tindakan undang-undang.

Sony berharap mahkamah akan memberi arahan kepada Tencent untuk terus menghalang Light of Motiram dari dilancarkan dan mereka juga telah menuntut pampasan untuk kes ini.

Light of Motiram adalah permainan video dunia terbuka dimana anda perlu melatih haiwan robot yang digelar Mechanimals.

Kes ini seakan-akan sama dengan kes saman Pokemon dan Palworld.

RELATED NEWS

+