Alter Ego Ares menang tipis di Last Chance dan layak ke grand final PMGC 2025

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kejohanan Global PUBG Mobile (PMGC) 2025 hampir menutup tirainya dan pasukan Indonesia, Alter Ego Ares berjaya melayakkan diri ke grand final yang akan diadakan dari 12 Disember hingga 14 Disember ini Siam Paragon, Bangkok, Thailand.

Alter Ego Ares menjadi satu-satunya pasukan Indonesia layak ke Grand Final sementara skuad Malaysia, Alliance gagal di pusingan Last Chance.

Meskipun gagal di pusingan Group Green, Alter Ego Ares berjaya mendapatkan dua kali WWCD di pusingan Last Chance sekaligus mendapatkan tempat kedua (top 2) yang menjadi kriteria untuk layak ke grand final.

Ini adalah senarai pasukan yang akan bertarung di grand final 2025 PMGC:

  1. Alpha Gaming
  2. Alpha7 Esports
  3. Alter Ego Ares
  4. D’Xavier
  5. Dplus KIA
  6. DRX
  7. eArena
  8. GOAT Team
  9. Kara Esports
  10. MadBulls
  11. R8 Esports
  12. Regnum Carya
  13. Team Flash
  14. ThunderTalk Gaming
  15. ULF Esports
  16. Vampire Esports

Kali ini, PMGC mempertandingkan sebanyak AS$3 juta (RM12.3 juta) hadiah wang terkumpul.

RELATED NEWS

+