PUBG MOBILE mengumumkan kolaborasi rasmi bersama permainan survival seram keluaran Techland, Dying Light: The Beast. Bermula sekarang hingga 4 November, pemain boleh merasai pengalaman seram baharu apabila dunia Dying Light digabungkan ke dalam medan tempur PUBG MOBILE melalui kandungan khas bertemakan zombi dan ganjaran eksklusif dalam permainan.
Dalam acara ini, pemain akan bertempur menentang tiga jenis zombi ikonik iaitu Biter, Viral dan Charger yang muncul di kawasan Castor Woods dalam peta Livik dan Erangel. Apabila anda tewaskan mereka, ia membolehkan andamembuka kawasan khas dengan ganjaran seperti Baseball Bat dan Genome Synthetic Booster Syringe yang mengaktifkan Beast Mode.
Ia memberikan kelajuan tambahan, ketahanan tinggi dan serangan khas Aerial Smash. Mod ini turut diperluas ke Metro Royale di mana picagari istimewa itu boleh dijual selepas perlawanan.
Selain itu, mod World of Wonder (WOW) yang berlangsung dari 20 Oktober hingga 20 Disember akan menampilkan peta khas bertemakan Dying Light: The Beast dengan lima varian zombi dan cabaran baharu. Pemain yang menyertai acara bertema khas ini berpeluang memperoleh ganjaran eksklusif seperti DYING LIGHT: THE BEAST Set, Avatar Frame dan kostum watak ikonik Kyle Crane.
Menurut Vincent Wang, Ketua Penerbitan PUBG MOBILE di Tencent Games, kolaborasi ini memberi peluang unik untuk memperkenalkan musuh baharu dan pengalaman berbeza kepada pemain menjelang musim Halloween.
Pengarah francais Dying Light, Tymon Smektała turut menyifatkan kerjasama ini sebagai penyatuan dua dunia survival ikonik yang bakal menawarkan lebih banyak aktiviti menarik dalam kemas kini akan datang.

setahun yang lepas