[RASMI] Inilah harga tiket M6 – dari RM24 saja dan ada harga early bird!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Penjualan tiket early bird untuk kejohanan dunia MLBB, M6 akan bermula pada 5 Oktober, jam 12:00 PM!

Peminat boleh mendapatkan tiket hari Grand Finals dan Comeback Day (merangkumi perlawanan kedua terakhir Lower Bracket dan Lower Bracket Finals dengan 20 peratus diskaun menerusi Ticket2U.

Penjualan untuk fasa early bird ini akan berlangsung sehingga 7 Oktober, jam 12:00 tengah malam sahaja atau sehingga habis dijual.

M6 Comeback Day dan Grand Finals akan dihoskan di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur yang mana edisi pertama siri M dianjurkan di sana pada lima tahun lepas.

Comeback Day akan memaparkan dua perlawanan:

  • Perlawanan lower bracket kedua terakhir pada 14 Disember, 3 petang
  • Lower Bracket Finals pada 14 Disember, 7 malam

Peminat boleh memilih tiket dari tahap Epic (RM24), Legend (RM36) dan Mythic (RM48).

Sementara itu, Grand Finals pula dijadualkan pada 15 Disember, 5 petang dan tiket akan dijual dengan ketetapan harga seperti berikut:

  • Epic (RM24)
  • Legend (RM48)
  • Mythic (RM80)

Pemegang tiket early bird juga akan mendapat hadiah in-game, cabutan bertuah dan diskaun 20 peratus untuk pesanan merchandise rasmi. Pemegang tiket Mythic pula berpeluang mendapat tandatangan random dari pemain M6.

Tiket boleh didapatkan dengan harga di bawah untuk rujukan:  

 

Penjualan awal untuk kesemua peringkat pula akan mula dari 31 Oktober hingga 5 November ini di platform penjualan tiket yang sama.

RELATED NEWS

+