MOONTON Games menang besar di GamingonPhone Awards 2025, bolot empat anugerah utama

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

MOONTON Games muncul sebagai pemenang terbesar di GamingonPhone Awards 2025 apabila membawa pulang empat anugerah utama, termasuk Pembangun Permainan Mudah Alih Terbaik Tahun Ini, Pembangun Terbaik Tahun Ini dan Permainan Mudah Alih Esukan Terbaik Tahun Ini untuk judul utama mereka, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB).

Pasukan esukan yang juga juara Piala Pertengahan Musim (MSC) at EWC 25 baru baru ini, Team Liquid Filipina (TLPH), turut dinobatkan sebagai Pasukan Esukan Mudah Alih Terbaik Tahun Ini, manakala bintang mereka, Karl “KarlTzy” Nepomuceno, menerima anugerah Pemain Esukan Mudah Alih Terbaik Tahun Ini. 

Majlis anugerah berprestij yang berlangsung di Radisson Blu Plaza, Bangkok ini mengiktiraf inovasi dan kecemerlangan dalam industri permainan mudah alih. Kejayaan ini mengukuhkan kedudukan MOONTON Games sebagai peneraju dalam pembangunan dan sukan elektronik mudah alih, dengan MLBB kini mempunyai lebih 1.5 bilion pemain berdaftar serta 110 juta pemain aktif bulanan di lebih 190 negara.

MLBB juga terus membuktikan pengaruh globalnya apabila mencatat lebih 475 juta jam tontonan sepanjang 2024, sekaligus menjadi tajuk esports mudah alih paling banyak ditonton di dunia. Dalam Esports World Cup (EWC) 2025, kejohanan MLBB MSC mencatat sejarah baharu dengan lebih tiga juta tontonan serentak, manakala MLBB Women’s Invitational menjadi kejohanan wanita terbesar di acara itu.

Judul itu turut bakal menjadi acara pingat rasmi di Sukan SEA ke-33 dan Sukan Asia 2026, menandakan pengiktirafan besar terhadap ekosistem esports MLBB.

Sementara itu, TLPH mencipta sejarah sebagai pasukan pertama melengkapkan koleksi trofi utama MLBB selepas menjuarai MPL Filipina Musim Ke-15 dan MSC di EWC 25. KarlTzy pula meneruskan legasinya sebagai ikon MLBB selepas merangkul gelaran individu tertinggi tahun ini.

MOONTON Games turut mengumumkan bahawa Kejohanan Dunia M7 akan berlangsung di Jakarta pada Januari 2026, menjanjikan edisi terbesar dalam sejarah esukan MLBB di tanah air peminat paling setia permainan ini.

RELATED NEWS

+