Tepukan gemuruh dan sorakan memenuhi segenap ruang Pameran dan Konvesyen Antarabangsa NUSANTARA (NICE) di daerah Banten, Indonesia apabila ONIC ID sekali lagi menjadi juara berturut-turut Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Indonesia musim ke-16.
Mereka berjaya menewaskan Alter Ego dalam siri best of 7 dengan skor 4-1 di pusingan grand final pada Ahad lalu.
ONIC nyata mendominasi dengan kehadiran pemain baru mereka musim ini, iaitu Skylar dari RRQ. Dengan kelincahan dan decision-making yang bagus, Skylar adalah aset penting membantu ONIC meraih gelaran juara sekali lagi.
Ini adalah kemenangan kelapan ONIC di MPL ID secara keseluruhan.
ONIC bersama Alter Ego akan sama-sama mewakili Indonesia pada Januari depan untuk kejuaraan dunia M7 yang juga akan dianjurkan di Jakarta.

Grand opening pada Ahad menyaksikan persembahan yang mencerminkan budaya tradisional dan kisah dongeng Indonesia.

2 tahun yang lepas