RASMI: Ivan, Vell dan Erpang kini meninggalkan Homebois

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Dua pemain Indonesia, Vincentsius “Ivan” Adrianto dan Kenley “Vell” Zefanya kini meninggalkan organisasi e-sukan Malaysia, Homebois. Turut meninggalkan pasukan MLBB itu adalah ketua jurulatih yang dipinjamkan dari Geek Fam ID, Ervan Pratama Hasan (Coach Erpang).

Erpang kini bersama Bigetron Esports sebagai Pembantu Jurulatih untuk menghadapi MPL ID musim ke-16.

Bersama Homebois, ketiga-tiga individu ini berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila menjadi naib juara MPL MY musim ke-16, membawa Homebois ke arah #NewEra yang mana musim terdahulu mereka tidak layak ke playoffs.

Selepas itu, mereka juga meraih slot untuk ke Piala Pertengahan Musim (MSC) di Esports World Cup (EWC 25) yang berlangsung di Riyadh, Arab Saudi pada Julai lalu.

Mereka berjaya membawa pulang AS$66,000 (RM279,000) di tempat ke-9/ke-12.

Apakah lineup baru Homebois kal ini? Sama-sama kita nantikan.

Foto: Esports World Cup Foundation

RELATED NEWS

+