Mohammad Zul Hisham “Xorn” Mohd Noor meluahkan rasa kecewa dengan apa yang terjadi dalam perlawanan ke atas Selangor Red Giants (SRG) pada perlawanan pembukaan Liga Profesional Mobile Legends (MPL) Malaysia musim ke-15.
Dalam satu ulangan semula mic check, Xorn kedengaran agak kecewa dengan apa yang terjadi.
“Boleh dikatakan, saya frust dengan apa yang terjadi. Boleh dikatakan, memang dah lama tunggu momen nak kalahkan SRG. Kalau setiap kali kami lawan mereka, pastinya game itu berpihak kepada mereka.
“Macam mana kami reset selepas itu, kami memang kecewa dengan kekalahan pada Sabtu, tapi kami hadir lawan Team Rey dengan mindset baru,” katanya ketika ditemubual MyGameOn.

Namun, menurut Xorn, Team Vamos perlu mempersiapkan diri lagi dari segi mental selepas kemenangan tipis 2-1 ke atas Team Rey semalam.
“Apabila lawan SRG, kami bukan main kuat tapi lawan Team Rey pula masih kucar-kacir. Mungkin masih belum boleh move on dengan kekalahan ke atas SRG,” katanya.

Xorn juga berharap Team Vamos dapat lebih optimis dan mengganggap kekalahan itu tidak menyebabkan mereka terbawa-bawa perasaan ketika lawan pasukan lain.
“Kami kena belajar reset secepat mungkin. Kalau kalah tak mengapa, kita move on,” katanya,
Rekod Team Vamos setakat minggu pertama MPL MY S15 ialah 0-2 lawan SRG dan 2-1 lawan Team Rey.
View this post on Instagram
Mereka bakal berdepan skuad Ocean Black pula minggu ini.
MPL MY S15 akan memulakan minggu kedua pada 25 April hingga 27 April ini di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

setahun yang lepas