MPL MY S15 akan ditangguhkan ke bulan April, selepas perayaan Aidilfitri

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Liga Profesional Mobile Legends (MPL MY) musim ke-15 akan membuka tirainya pada bulan April iaitu selepas sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Dalam laporan NST Online pada Isnin, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan MOONTON Games, Fikri Rizal Mahruddin menyatakan keputusan sukar itu terpaksa dibuat atas sebab tertentu.

Fikri Rizal. Foto: MOONTON Games

Katanya, dengan melanjutkan tarikh permulaan liga yang awalnya pada bulan Ramadan (Mac) ke bulan April, ia tidak akan mengganggu momentum pasukan bertanding dan memberikan mereka masa yang cukup untuk bersiap sedia hadapi musim liga.

Butiran lanjut mengenai musim ke-15 ini akan dikongsi dengan lebih lanjut dalam satu sesi sidang media tidak lama lagi.

Sumber rujukan: NST Online

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+