tahun lepas, Roblox akan melancarkan sistem pengesahan umur secara global yang memerlukan pemain muat naik gambar muka untuk mengesahkan umur."> tahun lepas, Roblox akan melancarkan sistem pengesahan umur secara global yang memerlukan pemain muat naik gambar muka untuk mengesahkan umur." /> tahun lepas, Roblox akan melancarkan sistem pengesahan umur secara global yang memerlukan pemain muat naik gambar muka untuk mengesahkan umur." />

Roblox dijangka lancarkan fungsi pengesahan umur berasaskan muka minggu ini

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Setelah mengumumkan perubahan besar tahun lepas, Roblox akan melancarkan sistem pengesahan umur secara global yang memerlukan pemain muat naik gambar muka untuk mengesahkan umur.

Roblox telah menghadapi banyak kecaman dan kritikan kerana cara tidak endah menjaga pemain muda. Roblox kini menghadapi beberapa tindakan undang-undang sejak tahun lepas.

Syarikat besar ini telah berjanji untuk meningkatkan tahap keselamatan terhadap kanak-kanak bawah umur. Sistem keselamatan ini juga boleh memastikan mereka selamat dari pemangsa bawah umur dan penyamar.

Bagaimana Sistem Semakan Umur Roblox berfungsi?

Pemain yang log masuk ke Roblox akan diberi arahan untuk memuat naik gambar muka mereka. Gambar muka ini akan menjadi pengesahan untuk lingkungan umur mereka.

  • Bawah 9
  • 9 – 12
  • 13 – 15
  • 16 – 17
  • 18 – 20
  • 21+

Pemain hanya boleh chat dengan orang yang mempunyai lingkungan sama dan pemain yang berada di lingkungan bawah dan atas.

Jadi jika pemain itu berumu 13-15 tahun, dia hanya boleh chat dengan pemain berumur 9-12 dan 16-17 sahaja.

Foto: Roblox

Sesiapa yang berumur 9 tahun ke bawah, chat mereka akan ditutup sepenuhnya. Mereka memerlukan kebenaran ibu bapa untuk menggunakan chat.

Jika anda tidak mengesahkan umur, sistem chat tidak boleh digunakan.

Semua ini dijangka akan dilancarkan secara global pada minggu ini.

RELATED NEWS

+