Grow a Garden di Roblox kini meningkat dalam populariti hanya beberapa bulan selepas pelancarannya.
Tidak menghairankan Roblox adalah permainan video yang popular dan mempunyai pemain yang sangat ramai. Roblox kini menjadi pelantar dimana pengguna boleh mencipta permainan video mereka sendiri dengan peralatan dev yang diberikan.
Grow a Garden menjadi sangat popular sehingga memecah rekod PUBG di Steam iaitu 3,257,248 pemain serentak. Walaupun tidak dapat memecah rekod Fortnite iaitu 14 juta pemain serentak tetapi Grow a Garden berjaya meraih seramai 11,694,315 pemain serentak.

Foto: TechWiser | Roblox
Permainan ini boleh dikatakan hanya game clicker. Anda perlu membeli pokok, tunggu pokok-pokok itu membesar untuk dijual. Ulang proses ini dan anda boleh membeli pokok yang lebih mahal. Pokok-pokok yang ditanam juga masih akan membesar walaupun anda tidak membuka permainan ini.
Antara sebab ramai pemain berada di Grow a Garden ialah kemaskini terbaru yang menyebabkan pemain-pemain yang sudah bermain masuk pada waktu yang sama.

setahun yang lepas