Roblox bakal wajibkan pengecaman muka untuk elak kanak-kanak chat dengan orang dewasa

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Roblox kini sedang bersedia untuk menghalang sepenuhnya kanak-kanak dari berinteraksi dengan orang dewasa di pelantar mereka.

Permainan itu mewajibkan pengecaman muka selepas beberapa saman yang mengatakan Roblox gagal untuk melindungi pengguna muda.

Sistem ini dijangka akan dilancarkan bulan hadapan di Australia, New Zealand, Netherland dan secara global pada Januari ini. 

Dengan lebih 150 juta pengguna harian, sistem ini dapat menghalang orang yang mempunyai jarak umur yang jauh untuk berinteraksi.

Foto: Dexerto

Mengikut laporan di The Guardian, dibawah peraturan baru ini, setiap umur akan dikategorikan mengikut umur seperti bawah sembilan, sembilan ke 12, 13 ke 15, 16 ke 17, 18 ke 20 dan 21+.

Pengguna hanya dibenarkan berkomunikasi dengan orang di dalam kategori mereka sendiri atau kategori sebelah sahaja.

Roblox juga mengesahkan gambar yang digunakan untuk pengecaman tidak akan disimpan.

Permainan video besar ini telah dilanda pelbagai jenis saman dan tindakan undang-undang serata Amerika Syarikat yang memfailkan kegagalan Roblox Corp.

Foto: Roblox Corp

Saman ini berkaitan pesalah dewasa yang menyamar menjadi kanak-kanak di mana mereka cuba mendapatkan kepercayaan dan memujuk kanak-kanak bawah umur untuk mengongsikan maklumat peribadi dan kandungan eksplisit.

Di Malaysia juga baru-baru ini terdapat satu kes dimana seorang abang telah mengelar adiknya kerana berang kehilangan point dari Roblox.

Rujukan: The Guardian

RELATED NEWS

+