Pasukan RSG Malaysia adalah nama yang tidak asing lagi di dalam arena kompetitif Mobile Legends.
Mereka berjaya menjadi juara musim ketujuh selepas menewaskan pasukan Todak dengan skor 4-2.
Kini, RSG MY mengumumkan barisan pemain baru mereka. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran Instagram rasmi mereka.
Pasukan RSG MY untuk MPL MY musim ke-9 dianggotai oleh:
- Izanami – Midlane
- Iris – Explane
- Mortalala – Explane
- Zacus – Roamer
- Tiktok – Goldlane
- Fenrir – Roamer
- Akimmm – Flex
- Kuza – Jungler
- Jason – Jurulatih
Adakah barisan pemain baru ini akan membawa kembali zaman kegemilangan pasukan RSG MY pada musim ketujuh? Kita bakal saksikan.
Terdahulu, Leixia dan rakan-rakan meninggalkan pasukan RSG MY selepas mereka membuat keputusan untuk tidak memperbaharui kontrak mereka.

setahun yang lepas