Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengumumkan keputusan untuk menghentikan siaran animasi kanak-kanak ‘Santiago of the Seas’ untuk siasatan lanjut atas kandungan membimbangkan dalam anime tersebut.
Kenyataan dan tindakan ini diambil selepas episod 22 animasi itu yang ditayangkan di TV2 pada 16 November 2025, 10 pagi (Ahad).
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, Bahagian Perhubungan Awam, Jabatan Penyiaran Malaysia mendapati tiada isu yang melanggar etika tetapi penyiaran animasi itu tetap akan dihentikan sebagai langkah berhati-hati.

Foto: Facebook
Tiada babak hubungan sejenis dikesan dan RTM menjelaskan semakan mendapati “tiada perlakuan atau kemesraan yang menggambarkan hubungan pasangan sejenis, mahupun sebarang elemen yang menjurus ke arah itu” dalam episod yang telah ditayangkan Ahad lepas.

Foto: Malaysia Gazette
Inilah adegan yang menjadi kritikan yang dikatakan mempromosikan budaya LGBT.
Difahamkan episod yang tersiar di TV2 tidak menunjukkan babak tersebut. Ini bermakna episod tersebut telah ditapis sebelum disiarkan di TV2.
RTM juga memohon kerjasama semua pihak agak tidak membuat sebarang spekulasi yang tidak wajar berhubung isu ini.

setahun yang lepas