Baahubali kini mempunyai filem animasinya sendiri iaitu Baahubali: The Eternal War.
Diarah oleh Ishan Shukla (Star Wars: Vision “The Bandits of Golak”) filem animasi ini dikatakan akan menyambung penceritaan terus dari cliffhanger filem aksi nyata.
Ketika pengakhiran Baahubali: The Beginning, Putera Amarendra Baahubali telah dibunuh dan sentiasa diberitahu sehingga The Conclusion.
Tetapi Eternal War akan memberikan sedikit lencongan dari penceritaan asal.
Sinopsis Baahubali: The Eternal War
Sedih dengan semua orang yang ditinggalnya. Amarendra Baahubali kini tersedar dan berada di tengah-tengah peperangan kosmik di antara deva dan asura.
Foto: BaahubaliMovie (X)
Dia kini perlu mengharungi 14 alam kewujudan di mana dia akan berjumpa dengan sekutu baru untuk berlawan dengan kuasa ilahi yang jauh dari apa yang manusia boleh bayangkan.

Prabhas Anna pelakon Baahubali disahkan akan menjadi pelakon suara untuk wataknya bagi filem animasi ini.
Sama seperti filem sebelumnya, Baahubali: The Eternal War kali ini akan dibahagikan kepada dua filem dan bahagian satu akan ditayangkan tahun 2027 ini.

setahun yang lepas